Ketika mengandung , bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka hati seperti semasa tidak berbadan dua. Ini kerana keadaan badan yang terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan . Ketahui bagaimana posisi betul pergerakan anda sepanjang hamil bagi memastikan kesihatan diri terpelihara .
Semasa berdiri
* Ibu digalakkan berdiri dan ‘berjalan tegak’, masukkan otot perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvik condong ke belakang.
* Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta berkeadaan rehat .
* Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik .
* Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan .
Semasa duduk
* Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya .
* Gunakan kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan letakkan di bahagian belakang pinggang .
* Paha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai .
Semasa baring
* Baring mengiring atau tiga suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu di bahagian antara lutut dan paha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak .
* Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan .
Semasa hendak bangun dari tidur
* ika hendak bangun dari katil, pastikan lutut dibengkokkan .
* Pusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan serta kaki di bawa ke sisi tepi katil .
Semasa mengangkat objek
* Pastikan tapak kaki dibuka sedikit, dengan sendi pinggul dan lutut dibengkokkan serta pinggang lurus. Ibu seharusnya merasakan ketegangan di bahagian paha dan bukan di pinggang .
* Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat di bahagian tengah kea rah badan. Gunakan lengan dan kaki untuk mengangkat barang .
No comments:
Post a Comment