Sunday, May 3, 2015

TIPS UNTUK DAPAT ANAK PEREMPUAN

Tips Dapat Anak Perempuan.

TIPS 1

15-20min sblm bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air (1 sudu kecil / segelas air), berbeza kalu nak kan bayi lelaki perlu basuh kemaluan menggunakan soda bikarbonat bercampur air (1 sudu kecil / segelas air)

Adalah dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat. Dan dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X). Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.




TIPS 2

KALENDAR KESUBURAN BULANAN 

( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,20,21,22,23,24 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Walaupun masa haid kita hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.


Jadi pada hari ke 11 hingga 17, kita dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.


Mulai tarikh 18 hingga 24, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan


Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) selalu kita akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda kita akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period last.


Berdasarkan kalendar di atas, bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid kita bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Katakan lah haid kita jatuh pada 12hb hingga 17hb(6hari), maka tarikh 22-28hb adalah sgt sesuai utk menjalankan projek bg mendapatkan ank lelaki, utk mendapat anak perempuan pulak perlu start projek antara tarikh 29hb hingga 4@5hb.

TIPS 3



cammni petua dia. tapi jangan bergantung saja pada petua. panjatkan doa ke hadrat allah swt. yang terbaik hanya daripada Nya dan yang buruk dari kita.
selepas bersama suami, jangan terus pergi cuci. kalau nak anak lelaki terus baring sebelah kiri dn kalau nak anak perempuan sebelah kanan sehingga terlena. tetapi selalunya kita mesti nak pergi cuci dulu ataupun mandi kan? kalau boleh cuba baring sebelah mana yang kita nak untuk dapat lelaki atau perempuan sekurang2nya 10 minit. kemudian setelah bersihkan diri atau mandi, terus tido di belah yang sama. ingat tido mengiring kiri untuk anak lelaki dan kanan untuk perempuan. lakukan yang sama setiap malam tido iaitu baring mengiring sebelah kanan atau kiri.
itu yang kjee lakukan selain doa. doa agar apa yang kita lakukan itu diberkati allah swt.
ingat ini hanya petua. hanya allah swt yang menentukan. kjee doakan awak berjaya. insya allah



TIPS 4

KALENDAR LUNAR



Age >1819202122232425262728293031
Januarygirlboygirlboygirlboyboygirlboygirlboygirlboyboy
Februaryboygirlboygirlboyboygirlboygirlboygirlboygirlgirl
Marchgirlboygirlgirlboygirlboyboyboygirlboygirlgirlboy
Aprilboygirlboygirlgirlboyboygirlgirlboygirlgirlgirlgirl
Mayboygirlboygirlboyboygirlgirlgirlgirlgirlboygirlgirl
Juneboyboyboygirlgirlgirlboyboyboygirlgirlboygirlgirl
Julyboyboyboygirlgirlboyboygirlgirlboyboyboygirlgirl
Augustboyboyboygirlboygirlgirlboyboyboyboyboygirlgirl
Septemberboyboyboygirlgirlboygirlboygirlboyboyboygirlgirl
Octoberboyboygirlgirlgirlboygirlboygirlboyboygirlgirlgirl
Novemberboygirlboygirlgirlboygirlboygirlgirlgirlgirlboygirl
Decemberboygirlboygirlgirlgirlgirlboygirlboygirlgirlboyboy




Age >3233343536373839404142434445
Januaryboygirlboyboygirlboygirlboygirlboygirlboyboygirl
Februarygirlboygirlboyboygirlboygirlboygirlboygirlboyboy
Marchboyboyboygirlboyboygirlboygirlboygirlboygirlboy
Aprilgirlboygirlboygirlboyboyboyboygirlboygirlboygirl
Maygirlgirlgirlgirlboygirlboyboygirlboygirlboyboygirl
Junegirlgirlgirlgirlgirlboygirlgirlboygirlboygirlboygirl
Julygirlgirlgirlgirlgirlgirlboygirlboyboygirlboygirlboy
Augustgirlboygirlboygirlboygirlboygirlboyboygirlboygirl
Septembergirlgirlgirlgirlboygirlboygirlboygirlboyboygirlboy
Octobergirlgirlgirlgirlboyboygirlboygirlboygirlboyboygirl
Novembergirlgirlboyboyboygirlboygirlboygirlboyboygirlboy
Decemberboyboyboyboyboyboygirlgirlgirlboygirlboygirlboy


Melalui kalendar kat atas ni kita blh merancang jantina ank, mcmana tu?? jom tgok.....
  1. Tengok umur anda ketika hendak melahirkan
  2. Pilih jantina bayi. Girl atau Boy
  3. Tengok bulan kelahiran, dan pilih.
  4. Berusaha!

Ni contoh aku kira berdasarkan umoq aku n keinginan aku nak dpt bb girl:
Aku plan nak ank thn dpn (2013), thn dpn umoq aku 32 tahun dan aku nak kan anak perempuan.
Menurut kalendar cina (rujuk umoq 32), bayi perempuan akan dilahirkan  dalam bulan:
  • February
  • April
  • May
  • June
  • July
  • August
  • September
  • October
  • November
Kalau aku pilih untuk melahirkan pada bulan February 2013, jadi proses ‘menanam benih’ kenalah buat 9-10 bulan sebelum bulan February 2013. Maksudnya, dalam bulan May 2012 aku kena berusaha sehabis baik untuk ‘tanam benih‘. Kalu kata usaha bln May ni  tak berjaya buat aku peknen, aku kena usaha lg pada bulan July n seterusnya utk dpt bb girl pd bulan April n setrusnya thn dpn (rujuk kalendar)


Mudah je kan? Dikhabarkan keberkesanan menggunakan kedah kalendar lunar ni hampir 99% tepat.




TIPS 5

PEMAKANAN:

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami kena byk makan makanan beralkali. Cth makanan beralkali ialah  sayuran, buah-buahan, putih telur, dan susu. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang masam n berasid spt  limau, asam, nenas, cuka n air bergas, elakkan makanan laut@seafood. (Sebaliknya pula kalu mahukan anak lelaki, pihak suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali)



TIPS 6 
 
DOA: 
Ada doa2 tertentu blh diamalkan kalu nak kan ank perempuan. Beli
buku himpunan doa2 dr Dato' Harun Din,






Thursday, April 30, 2015

BAHAYA KENTUT RAHIM YANG RAMAI WANITA TIDAK AMBIL TAHU!!!!

BAHAYA KENTUT RAHIM YANG RAMAI WANITA TIDAK AMBIL TAHU !!!!!!!

Kenali bahaya kentut rahim atau vagina wanita ,anda mungkin silap tidak mengambil tahu tentang hal ini,berikut penjelasan dari puan siti aishah mengenai bahaya kentut rahim.
ditulis oleh Siti Aishah
Dh nama kentut…mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur? Kerana Angin ini datangnya dari rahim.
Sy pilih aturcara LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.
1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin; contohnya air Akar Herbanika NR. Paling tidak air rebusan kurma merah atau halba. Yg lain2 sy tak tahu.
2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?
3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.
4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk “bernafas”. Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini.
5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri.
Ok….sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.
Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound “cepat2lah sikit habisnya bang. ayang dah tak larat dah ni”
Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.
Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj.Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya….yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye…bukan guli….Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.
Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya…kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.
Jgn ambil mudah.
Ini maruah anda sebagai perempuan.

Monday, December 29, 2014

Surah-surah Amalan Ketika Mengandung

Ibu2 yg mengandung, jom amalkan.. semoga mendapat zuriat yg soleh dan solehah..

Petua Banyakkan Susu Ibu

Jom cuba amalkan...


1. Susu :
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

2. Lobak merah :
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

3. Nasi panas, halia muda dan air asam :
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

4. Daun betik muda :
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

5. Bunga melur dan daun pucuk manis :
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

6. Kacang tanah :
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

7. Longan kering :
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

8. Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

9. Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Posisi Badan Ketika Mengandung

Ketika mengandung , bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka hati seperti semasa tidak berbadan dua. Ini kerana keadaan badan yang terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan . Ketahui bagaimana posisi betul pergerakan anda sepanjang hamil bagi memastikan kesihatan diri terpelihara .

Semasa berdiri

* Ibu digalakkan berdiri dan ‘berjalan tegak’, masukkan otot  perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvik condong ke belakang.

* Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta berkeadaan rehat .

* Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik .

* Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan .

Semasa duduk

* Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya .

* Gunakan  kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan letakkan di bahagian belakang pinggang .

* Paha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai .

Semasa baring

* Baring mengiring atau tiga suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu di bahagian antara lutut dan paha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak .

* Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan .

Semasa hendak bangun dari tidur

* ika hendak bangun dari katil, pastikan lutut dibengkokkan .

* Pusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan serta kaki di bawa ke sisi tepi katil .

Semasa mengangkat objek

* Pastikan tapak kaki dibuka sedikit, dengan sendi pinggul dan lutut dibengkokkan serta pinggang lurus. Ibu seharusnya merasakan ketegangan di bahagian paha dan bukan di pinggang .

* Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat di bahagian tengah kea rah badan. Gunakan lengan dan kaki untuk mengangkat barang .

Khasiat rempah ratus

Rempah ratus dalam makanan kita adalah perkara biasa sejak zaman-berzaman, jadi kita pun tidak ambil pusing kelebihan rempah ratus tersebut. Yang kita tahu jika tiada rempah, makanan tak sedap dan hambar. Selain daripada menambah rasa sedap dalam makanan, sebenarnya rempah ratus yang kita makan setiap hari mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan.

Kajian di barat mendapati terdapat 6 rempah ratus, yang tidak asing lagi dalam masakan kita, sangat baik dari segi kesihatan, iaitu:


1. Lada (cili) kering

Lada (cili) kering (seperti cili segar) mengandungi sebatian capsaicin yang memberi rasa pedas. Sebatian ini berkhasiat bagi mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser kulit. Namun begitu, kita perlu berhati-hati membeli cili kering kisar yang dijual di kedai kerana kebanyakannya mengandungi asid borik atau bahan pengawet lain yang karsinogen (penyebab kanser). Sebaik-baiknya kisar sendiri cili kering.

2. Buah pala

Buah pala mengandungi sebatian anti-bakteria bagi membantu melawan bakteria seperti E. coli dan salmonella.

3. Jintan

Jintan mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan bagi membantu menghentikan pertumbuhan tumor kanser.

4. Kunyit

Kunyit mengandungi bahan aktif curcumin yang mampu menghalang sel-sel kanser merebak dan membantu menghindari diabetes Type-2. Perahan air kunyit hidup juga sering diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin supaya peranakan (uterus) mengecut dengan cepat.

5. Kulit kayu manis

Pengambilan 1/4 hingga 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan kandungan gula, paras LDL (kolesterol tidak baik) dan triglyceride dalam darah bagi pengidap penyakit diabetes Type-2.

6. Halia

Halia mengandungi bahan yang dapat menghilangkan rasa mual, dapat meredakan pedih ulu hati dan kembung perut serta buang angin yang berlebihan dalam badan. Sebaik-baiknya gunakan halia yang segar kerana ia lebih efektif.

Pesanan nenek

Nenek selalu berpesan. Jadikan renungan. Kelak tidak merana badan. Sentiasa ingat Allah. Insyaallah hidup selamat dunia dan akhirat...